11 Julai 2012

The Amazing Spiderman 2012







 Filem pertama di GSC Setia City Mall. Lama dah tunggu filem nie dan lama dah tunggu nak tengok kat panggung wayang baru. Hujung minggu berkesempatan bawak anak2 dan isteri layan cerita nie. Memang best dan yang aku suka sekali watak spiderman kali nie lebih lawak (sama macam kat kartun) dan lebih berani kalau nak dibandingkan dengan spiderman dulu (Tobey).

Walaupun anak aku tertinggal phone dia kat sini tapi nasib baik jumpa balik. Tahniahlah kat staff dia. Nak dibandingkan dengan cap quiksilver aku yang dah 2 kali lesap kat TGV Sunway....

Sape dah tengok??...

Macam biasa lambat dari biasa. Bestnya bila kat kampung halaman dah ada panggung wayang. Tak payahlah nak g jauh2 dah.... GSC Setia City Mall akhirnya dibuka pada 20 Jun 2012. Walaupun aku gembira giler tapi tak ada lah sampai meninggalkan kerja2 hakiki, sempat jugaklah singgah masa tu tapi takde cerita dan meletup masa tu...

Setelah di perhatikan aku rasa tak payah komenlah kan... tempah baru mestilah teratur dan sempurna.. benda baru. Ruang yang lebih besar dan yang penting ada tempat duduk untuk menunggu....

Amacam sape dah tengok..... komen anda...

24 Mac 2012

The Vow

Sabtu 11.30am 24.3.2012 GSC OU
Fuhh... lama dah aku tak update blog aku nie.... Rasa dah 3 bulan walaupun tengok wayang memang tiap2 minggu. Sorry geng.... hehehe... macamlah ramai yang datang blog aku... Kalau ada korang memang best. Bisnes sendiri biasalah pasang surut... tapi bukan pasal bisnes nak cite kat sini.... Pagi tadi cadangnya nak tengok Hunger Games tapi dah lambat kerana kena siapkan kerja yang date line pukul 9. Dari Shah Alam ke One Utama dah dekat 20 minit.... Lambat sudah. Beratur lagi kat GSC akhirnya sampau turn kerusi tinggal yang depan sahaja... Dan The Vow menjadi pilihan ke dua.....
Faktor utama nak tengok cite nie ialah pasal hero dan heroinnya dan baru perasan cerita ini berdasarkan kejadian sebenar. 

Sinopsis
"The Vow" mengisahkan sebuah cerita benar tentang pasangan pengantin baru di New Mexico (Rachel McAdams dan Channing Tatum) yang terlibat dalam satu kemalagan kereta. Si suami menjaga isterinya yang koma dengan setianya. Apabila isterinya sedar dari koma isterinya langsung tidak ingat apa-apa dan juga ingat pada suaminya, namun ia tidak mematahkan semangatnya apabila dia terus mencuba untuk menawan hati isterinya kembali. 

Bila mengenangkan cerita nie berdasarkan kisah benar ada sedikit simpati pada aku dan susunan skrip yang betul2 menusuk kalbu...hehehe... Tersentuhlah kiranya.. terbayang pulak aku kalau isteri atau anak2 mengalami masalah yang sama, Minta dijauhkan... Cerita romantik maka banyaklah scene berkasih sayang. Satu yang menarik pada aku ialah filem ini dalam kategori U tetapi tayangan filem ini terdapat adegan2 yang aku rasa tidak sesuai untuk tontonan kanak2 mahu pun bayi.... nak aku ceritakan ke.... hehehe, korang kena tengok lah....

 
 Rating aku : 7/10

04 Disember 2011

FILEM MELAYU 2011 dan dimana filem NAWAWEE.........

Bila aku tengok senarai filem yang dibentangkan oleh FINAS ini apa yang aku nak tengok ialah jumlah kutipan yang diperoleh oleh pengarah2 filem di Malaysia ini.Tetapi aku mula musykil bila filem-filem lakonan Nawawee tiada dalam senarai ini iaitu Filem Nasi Lemak 2.0 dan Petaling Street Warriors.

Ada sesiapa boleh jelaskan..........

sumber : FINAS

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 22(2011)


Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah FFM24:
Anugerah Gemilang Perdana:-
Filem Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa
Pengarah Terbaik : Syamsul Yusof (KL Gangster)
Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam (Kongsi)
Pelakon Wanita Terbaik: Siti Shahreza (Janin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shofi Jikan (KL Gangster)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Elai (Cun)
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharudin/Kek Ting Lam (Hikayat Merong Mahawangsa)
Sinematografi Terbaik : Mohd Moor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)
Cerita Asal Terbaik : Martias Mohd Ali (Libas)
Lakon Layar Terbaik: Syamsul Yusof (KL Gangster)
Penataan Bunyi Terbaik : Hisham Jupri/ Rizal Ashreff (KL Gangster)
Penyunting Terbaik : Hisham Jupri/Syamsul Yusof (KL Gangster)
Pereka Kostum Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (Rosada Abdul Hamid)
Skor Muzik Asal Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa (Edry Abd Halim)
Box Office: KL Gangster (RM11.6 juta)
Pemenang Filem Terbaik
Pengarah Filem Terbaik
Anugerah Gemilang Cipta:-

Poster Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
Kesan Khas Visual Terbaik : Yusry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
Pelakon Kanak-kanak Terbaik : Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)
Pelakon Harapan Lelaki : Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng (Excellent Pictures)
Pelakon Harapan Wanita : Nadiya Nisaa - Cun (Tayangan Unggul)
Lagu Tema Asal Terbaik : Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios)
Pengarah Harapan : Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing)
Filem Pendek Terbaik : The Other One (Ng Ken Kin)
Filem Animasi Terbaik : Altitude Alto (Mushroomhead - Multimedia Universiti)
Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik : Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)
Anugerah Gemilang Perdana Khas:-
Filem Pilihan Penonton ASTRO (Kongsi)
Pencapaian Gemilang (Datuk Michelle Yeoh)
Pencapaian Sepanjang Hayat (Senator Tan Seri (Dr) Datuk Dr Jins Shamsuddin)
Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri
Khas Juri : Sidek Hussin
Khas Juri : Filem Libas
Khas Juri : Allahyarham Zami Ismail
Khas Juri : Filem Janin
Pengacara sensasi Ogy Ahmad Daud dan Johan Raja Lawak yang kontroversi dengan saman menyaman.

Sumber : FINAS

IMDb Charts: Top Movies sehingga 4/12/2011

OMBAK RINDU sama jiwa dengan LAGENDA BUDAK SETAN



Sinopsis - Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. 

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. 

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. 

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Komen: Kebetulan bini aku habis kelas awal, terus kitorang ke sunway pyramid kerana ada Friend & Family Quiksilver Sale. Jadi filem Ombak rindu nie pun dah jadi list dan sebab kitorang kesana. Tiket kena beli awal2 takut habis. Pada 1.45 petang (tertinggal sembahyang Jumaat aku) turn kitorang pulak. Walaupun aku tak pernah tahu pada kewujudan dan novel tentang cerita nie tapi aku tahu cerita ni akan jadi menarik kerana gandingan pelakon2 yang sangat mantap(pelakon2 banyak menang award). Ramai budak2 remaja perempuan lah dan dah tentu makcik2... salute.

Permulaan cerita memang best, tapi bila aaron aziz keluar je punyalah bersorak awek2 dalam panggung nie. Bila diamati jalan cerita dan kekuatan menghayati watak memang tidak dinafikan untuk menjadikan filem ini sangat menarik dan uniknya dialog2 bersahaja menjadikan filem ini kelakar pula.Tapi ada sedikit kegagalan dalam filem ini yang aku tengok dalam filem nie..

1. Walaupun mereka ini pelakon handalan, Lisa Surihani dan Azizah Mahzan tak sesuai membawa watak masing2.
-          lisa sangat budak untuk membawa watak seorang wanita matang yang sudah berkahwin dan nampak
 dia buat2 (cuba lagi ye...) manakala Azizah Mahzan terlalu ke 'KL' an sangatlah... tak sesuai. Watak dia Datin kah???
2.        Kenapa rumah macam dalam Resort je dan sangat tak sesuai bila Aaron Aziz pakai kasut dalam    rumah....
3. Adegan Bront berlari-lari anak bersama2 Zaidi Omar dan Maya karin ketika mengejar aaron sangat2 tak best....
4.Watak kucing bernama comel dimatikan begitu sahaja... kata sayang......
5. Bront menghisap lalang ke apa ntah untuk menunjukkan sebagai watak kampung juga tak cool... kat sawah pun orang dah tau kau orang kampung..
Dan kalau korang perasan cerita Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu macam ada persamaan....

Apapun watak yang dibawa oleh Maya Karin memang hebat begitu juga dengan Zaidi Omar dan Normah Damanhuri....dan kalau korang menghayati keperitan hidup seperti itu pasti korang boleh bersedih.... 

Kulit buku OMBAK RINDU yang dikeluarkan sekitar 1998
markah : 7/10

puss in boots



sinopsis : Emm... untuk yang ini aku rasa tak payahlah kut.........

Cuti sekolah minggu pertama, apa sangatlah yang boleh aku buat untuk anak2 aku selain aktiviti jalan2 di Shopping Kompleks. Jadinya 27.11.2011 jam 4.00 petang lepas je habis kelas muzik, kitorang pun terus menuju ke Jusco Bukit Raja, Klang. Tiket aku dah booking awal2 takut kehabisan.

Cerita pun dah start. Gandingan hero dan heroin dalam filem ni iaitu Antonio Banderas dan Salma Hayek memang dah biasa kita lihat tapi dalam versi kartun aku rasa ini first time. Nak komen banyak2 pun tak boleh, dah nama pun cerita kartun memang banyaklah yang tak logiknya nak-nak cerita nie di adaptasi dari cerita Jack and The Beanstalk. Dari awal hingga akhir kira layanlah cite nie. Anak-anak aku pun enjoy je tengok.........Cuma aku berfikir dari sudut positif agar anak-anak aku dapat mempelajari dan memberi respon baik ke dalam diri mereka. 

Dan terdetik jika benar Puss in Boots ini ada dalam filem Shrek di filem manakah mereka mula berjumpa...........

markah :7/10 


25 November 2011

TWILIGHT SAGA BREAKING DAWN PART 1


Sinopsis : Cerita Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 ini merupakan lanjutan dari sekual sebelumnya, Eclipse dimana diceritakan rancangan perkahwinan Bella dan Edward. Percintaan mereka yang sangat mendalam sehingga Bella rela berkahwin dengan Edward yang juga pontianak. 
Menceritakan secara terperinci mengenai perkahwinan dan detik berbulan madu di sebuah pulau kecil bernama Isle Esme di persisiran Brazil. Dua minggu bersama Bella menyedari ada kelainan daram dirinya. Dia mengandung. Dan yang menghairankan, kehamilan itu tidak seperti biasa. 
Dari sudut lain, Jacob yang kecewa dengan tindakan Bella akhirnya akur tetapi dia masih memberi perhatian yang mendalam terhadap Bella. Perkara ini tidak disenangi oleh kawan-kawan serigalanya dan menginginkan Jacob melupakan Bella. Apa yang berlaku pada Bella dan kandungannya............

Khamis 24.11.2011 jam 11.00 pagi, Nampaknya aku antara kelompok awal yang menyaksikan filem sekual ini. Oleh kerana awal pagi dan musim cuti sekolah, ramai couple2 remaja yang sekali menonton. Seperti yang dijangka pasangan ini berkahwin juga. Jacob walaupun kecewa tetapi akur dengan keputusan Bella. Nampak macho betul mamat nie. Sesuatu yang tidak disangka juga, Edward dan Jacob berkawan. Setengah jam berlalu dengan cerita yang santai (dalam hati fikir apa pulak masalah diorang kali nie), aku dah mula bosan, Tetapi setelah scene Bella muntah, barulah filem ini memainkan peranan dan menganggu emosi penonton. Bagi aku cerita ini sangat2 menarik dan ada diselitkan perkara2 kelakar juga. sangat2 santai tetapi sangat mendalam.
Nampaknya ada scene dimana Bella berbogel (jangan harap nak dapat tengok)..... dan scene sayang menyayang, rasanya filem ini tidak sesuai dijadikan PG13 kut. Banyak scene yang dipotong hingga menganggu perjalanan di akhir cerita. Kalau diletakkan dalam kategori 18 mungkin lebih baik.Selamat menonton kerana ianya berbaloi.

markah 8/10.


 

23 November 2011

bila zombie memerintah dunia....










hah... kat Malaysia pun ada zombie juga.... sib baik ada Husin....kita bako kita bako....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...