Sinopsis : Sebuah filem baru yang menggambarkan kembali nostalgia mengenai
kemalangan ngeri yang membabitkan Niki Lauda pada tahun 1976 menyebabkan dia
terperangkap dalam keretanya yang terbakar.
Dia kemudiannya ditarik keluar oleh pelumba2 lain dan bertarung nyawa akibat
melecur tahap tiga selain mengalami kerosakan teruk pada paru-parunya.
Babak hebat itu dilakonkan Daniel Bruhl yang memegang watak sebagai
Lauda dan ada penonton yang tidak sanggup melihat bergelut untuk
kembali pulih, mencari inspirasi untuk memandu kereta gara-gara
permusuhan di trek dengan pelumba McLaren, James Hunt (lakonan Chris
Hemsworth). Filem arahan Ron Howard itu
mengisahkan persaingan hebat dalam sukan pemotoran serta pelbagai peristiwa pada
musim Formula Satu.
Beliau dengan bijaknya mencipta kembali tekstur 1970-an, di mana aspek kesihatan dan keselamatan tidak diberi perhatian apabila 13 pelumba terkorban dari 1967 hingga 1975. Semua itu dijelaskan secara terperinci dan akhirnya terhasillah sebuah filem yang hampir menjelaskan mengapa orang begitu berminat dengan perlumbaan kereta.
Bagaimanapun, penggerak filem itu adalah persaingan sengit antara Hunt dan Lauda - seorang pelumba kaki perempuan yang glamor yang langsung tidak menghiraukan risiko dan seorang pelumba Austria yang serius, bijak dan sering mempertimbangkan segala kemungkinan.
Gabungan di antara fakta dan fiksyen tidak boleh dielakkan dalam filem seperti ini. Seperti yang diperkatakan Howard: “Ia bukan satu dokumentari, ia adalah interpretasi.”

Komen : Sebenarnya aku tak tahu pun pembikinan cerita ni. Kebetulan aku menonton filem 2 Gun sebelumnya pada waktu iklan di awalnya. Yang aku kenal pelakon ini ialah Chris Hemsworth pelakon Thors ni. Sepanjang hampir 2 jam menonton filem ini aku memang kagum kerana maklumlah ianya berdasarkan kisah benar. Semangat kedua2 pelumba dilakonkan dengan baik oleh kedua2 pelakon ini. Tak sangka di zaman aku terlalu kecil ketika itu pemotoran sudah berkembang maju di luat negara kita. Tak rugi menonton filem ini kerana sehingga malam ini pun aku masih teringat watak2 mereka dalam kehidupan sebenar.
Watak James Hunt yang dibawa oleh Chris Hemsworth |
Niki Lauda dan James Hunt |
Watak Niki Lauda yang dibawa oleh Daniel Bruhl |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan