19 Februari 2011

Filem Pertama Malaysia pada tahun 1933 (Laila Majnun)

Filem Laila Majnun adalah filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1933. Ia diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Watak utama Majnun dibawa oleh seorang pelakon bangsawan, M. Suki.

Plot

Filem Laila Majnun diterbitkan oleh K.R.S. Chisty, seorang ahli perniagaan India di Singapura pada tahun 1933. Karya ini diadaptasi dari cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang berlakon dalam filem Melayu pertama ini adalah:
  1. Pak Suki
  2. Cik Tijah
  3. Yem
  4. Sharif Medan
  5. Fatimah Jasmin
  6. Syed Ali Mansoor Al Attas
  7. Khairuddin

Sejarah pefileman

Pembangunan

Pelakon-pelakon ini boleh dikatakan semuanya terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan. Filem ini juga adalah diadaptasi dari cerita bangsawan oleh kerana sebelum itu cerita-cerita bangsawan adalah antara bentuk hiburan terawal di Tanah Melayu. Tidak ada salinan filem ini yang diketahui masih ada.

Tayangan dan reaksi

Prestasi

Filem Laila Majnun ini ditayangkan kali pertama di panggung Alhambra, Singapura dan mendapat sambutan yang baik hingga panggung penuh sesak setiap kali pertunjukan. Apabila sesebuah filem ditayangkan selama seminggu di sebuah panggung, filem itu dapatlah dianggap mendapat sambutan yang baik sekali pada masa itu. Selepas filem itu ditayangkan selama seminggu di Singapura, ia dibawa ke Pulau Pinang dan ditayangkan di sana selama 2 minggu pula.

Penggambaran

Penggambaran filem ¡¨Laila Majnun¡¨ dilakukan di Singapura dan telah memakan belanja kira-kira (5000). Seorang Seri Panggung bangsawan yang terkenal di Singapura pada masa itu, Che Fatimah Bt. Jasmin telah terpilih sebagai wirawati atau Seri Panggung. Che Fatimah yang juga merupakan penyanyi piring hitam yang terkenal menyanyi juga dalam filem itu. Wira atau orang muda dalam filem itu ialah M. Suki B. Nurudin, orang muda bangsawan yang terkenal dan menjadi pujaan ramai.

Stail

Laila Majnun ialah sebuah cerita daripada kumpulan Hikayat Arab yang mengandungi kisah percintaan asyik masyuk dari 1000 tahun dulu. Oleh sebab cerita ini sangat disukai ramai semasa dipersembahkan dipentas-pentas bangsawan, maka ia difilemkan pula. Bagi menjaga keaslian cerita ini, persembahan filem itu juga dikatakan disulami dengan lagu-lagu, tarian Arab dan Mesir yang indah-indah. Dialog dan nyanyian dalam filem itu dikatakan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Di dalam filem para pelakon dikehendaki menghafaz skrip dan cuba menyebutnya dengan betul. Ini juga menimbulkan masalah kepada para pelakon. Pelakon-pelakon bangsawan yang berpengalaman berlakon di pentas secara improvisasi mengalami kesukaran untuk menghafaz skrip dan mengikut arahan pengarah.

Sumber : wikipedia

2 ulasan:

  1. Dulu Singapore kan masih dalam Tanah Melayu...malah lebih moden atau maju dari Tanah Melayu.

    BalasPadam
  2. Ohh..filem ni yg pertama ek...ingat lagi jalan citer nyer...tapi x setuju ngan ketaksuban Majnun dalam percintaan sehingga merana sedemikian rupa..

    Salam kenal

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...