03 Oktober 2011

killer elite

 
Sinopsis : Filem yang diilhamkan oleh peristiwa sebenar, mengenai pengembaraan tindakan seorang bekas pengintip Danny (Jason Statham), salah satu ejen pembunuh terbaik di dunia. setelah setahun menghilang, beliau terpaksa bersama pasukan lamanya pengintip untuk menyelamatkan bekas mentor serta memecah masuk ke satu tempat yang sangat ditakuti iaitu British Perkhidmatan Udara Khas (SAS). Mereka terpaksa menghadapi bekas SAS yang memanggil diri mereka 'Featherman', yang diketuai oleh Spike (Clive Owen).
 
Sebenarnya perjalanan  kami ke panggung agak kelam kabut sedikit kerana wife ada kelas ganti pulak hari nie. Jadinya plan untuk tengok Fright Night di TGV Bukit Raja diteruskan kerana jika tiada pilihan Bini-biniku gangster jadi pilihan ke dua. Sampai di panggung, Killer Elite menjadi pilihan kerana barisan pelakon yang aku benar2 kenal dengan cara dan corak lakonan mereka. Jason Statham, Robert Deniro dan Clive Owen memang bukan calang2 orang terutama dalam filem2 aksi sebegini........ Aku pulak terpikir2 bila masa diorang nie ada filem baru, nampak sangat aku nie sibuk.... takde masa nak survey dulu....

Perjalanan cerita yang sangat menarik kerana ianya berdasarkan kisah benar, dan hampir keseluruhan mengikut dari novel yang ditulis oleh Ranulph Fiennes. Tetapi ada sedikit suntingan yang mencacatkan jalan cerita tetapi tidak begitu ketara. ( kenalah cari DVD pulak nanti). Aksi2 stunt dan skill lakonan mereka ini betul2 buat aku teruja (yang penting aku tak mengantuk.....) terutama pada Jason Statham dengan aksi selambanya. Heroin filem nie pulak adalah Yvonne Strahovski yang merupakan pelakon drama bersiri 'chuck'. Patutlah macam pernah nampak... dah nama filem aksi, watak heroinnya sikit jelah...........


Dengarnya walaupun nama filem ini sama tetapi Killer Elite 2011 ini adalah bukan penghasilan semula dari filem Killer Elite 1975.

markah 8.5/10..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...