29 September 2011

Apollo 18

 
sinopsis : Berdasarkan rakaman yang pernah disorokkan pihak NASA, Apollo 18 mendedahkan rahsia disimpan kemas sekian lama. Apabila footage yang menggambarkan keadaan sebenar apa berlaku terhadap misi Apollo 18 yang dinafikan kewujudannya itu terlepas di tangan pihak tidak sepatutnya, lalu apa seharusnya dianggap rahsia akhirnya terbongkar.

Menerusi penerangan yang ditulis sewaktu permulaan cerita, hanya misi Apollo 17 saja dicanangkan kepada umum. Namun hakikat sebenarnya, misi Apollo 18 memang wujud. Namun disebabkan misi sulit itu gagal, maka cerita mengenainya dilenyapkan begitu saja.

Filem ini bermula dengan memaparkan temubual bersama tiga angkasawan NASA yang terpilih untuk menyertai misi rahsia Apollo 18. Tujuan mereka ke bulan adalah untuk memasang peranti yang boleh menghalang Amerika Syarikat daripada diserang musuh dari Russia dan juga penyerang berpotensi lain.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa disedari kehadiran mereka ke sana mempertemukan angkasawan ini dengan pelbagai kejadian misteri yang membantutkan impian untuk meneruskan amanah yang diberikan. Apollo 18 meneruskan tradisi konsep yang pernah diketengahkan menerusi filem Blair Witch Project dan juga Paranormal Activity yang menjadikan footage yang ditemui sebagai sebuah filem.

Baru teringat pasal baru ada masa.....Cerita nie kami tengok minggu lepas pasal dah takde cerita nak tengok gamble je layan cerita nie......... Pelakon confirm tak kenal sorang pun. Tengok poster confirm cerita Alien punya. Boleh layan tapi terlalu banyak sangat stail jalan cerita omputih yang pernah ada dan melambak2. Pelakon  hanya 3 orang yang dihantar ke bulan pastu keliru dengan keadaan, kelam kabut dah banyak sangat.. kata cerita benar tapi tak dapat aku pastikan di mana. layan dvd je ye tak pun tunggu main kat Astro je......


markah 5/10

Dream House

Sinopsis :Mencari rumah idaman memang tak mudah. Jarang orang yang bisa mendapatkan sebuah rumah sempurna seperti yang mereka idamkan. Sayangnya, beberapa orang yang berhasil menemukan rumah impian mereka ternyata harus membayar mahal. Will Attenton (Daniel Craig), misalnya, akhirnya harus mempertanyakan kewarasannya setelah beberapa saat menghuni rumah baru yang selama ini ia idamkan.
Walaupun masih ada kekurangan namun rumah baru di Morgan Creek ini sudah seperti apa yang selama ini diinginkan Will. Will pun rela memboyong keluarganya keluar dari Manhattan demi rumah impian ini. Libby (Rachel Weisz), istrinya, serta Dee Dee (Claire Geare) dan Trish (Taylor Geare), dua putri mereka pun akhirnya jadi penghuni rumah baru yang kabarnya telah kosong sejak lama itu.
Tak berapa lama kemudian, beberapa kejanggalan mulai terjadi. Keanehan demi keanehan akhirnya membawa Will pada Ann Paterson (Naomi Watts), orang yang tahu persis masa lalu rumah yang kini dihuni Will dan keluarganya. Kabarnya, sempat terjadi pembunuhan di rumah itu. Entah kenapa Will mulai terpikat menyelidiki masa lalu rumah impiannya ini. Semakin Will menyelidiki, semakin pula pria ini mempertanyakan kewarasannya. Ada kemungkinan Will memilih rumah itu bukan karena kebetulan.  
sumber Spinn Webzine.

Rasanya kali ni kami antara orang yang terawal menyaksikan filem terbaru Daniel Craig selepas Cowboys & Aliens. Punyalah lama tenung poster cuba menjangkakan jenis filem ini. Seram atau cerita kekeluargaan. Bukan takde maklumat yang boleh dirujuk, tapi sengaja buat suspen sendiri.. Hahaha... nak tau punyalah suspen, aku sampai tertido siap mendengkur, nasib baik ada orang kejut, maklumlah tidur pukul 3 pagi. Punyalah banyak cakap......

Tapi cerita menarik bermula dalam 1/2 jam berikutnya. Puh......... betul2 tertipu. Kena fokus baru boleh follow. Ada kekuatannya tersendiri. Aku suka filem macam nie.. Korang pernah tengok filem The Others lakonan Nicole Kidman tapi ini dibuat dengan lebih kemas dan sesuai dengan zaman sekarang dan The Shutter Island........ Tidak mengecewakan. Rachel Weisz pula menakin kurus dan cantik walaupun dah menjangkau 41 tahun.......... walaupun 13pg tapi aku rasa tak sesuai untuk kanak2 kerana filem ini memerlukan anda memahami jalan ceritanya.

markah 8/10

28 September 2011

CONTAGION


Bagaimana penularan dan kitaran sesuatu penyakit itu berlaku dan apakah kesannya pada kita dan dunia..... Pada mulanya aku tak berminat pun nak tengok cerita nie, pasal aku tak tahu langsung kewujudan cerita nie. Disebabkan jualan tiket untuk filem Johny English dah penuh dan tiada pilihan lain kami pun memilih cerita ini kerana melihat barisan2 pelakon yang hebat2 dan nama2 besar yang membintanginya..........

Emmm... cerita pasal ape..... sebenarnya jalan cerita yang banyak flashback dan banyak kekeliruan jalan cerita membuatkan cerita ini seronok ditonton. Terdapat banyak maklumat dan pengalaman yang boleh dikongsi jika kita menjiwainya. Bayangkan di tempat anda terdapat wabak dan penyakit.. apa yang anda akan buat......
Pengakhiran cerita yang aku suka kerana tidak menepati dengan apa yang aku ramalkan....... tetapi sedikit kecewa kerana barisan2 pelakon yang hebat ini sekadar berlakon sahaja........ tiada apa yang lebih berbanding dengan filem2 mereka sebelum ini..........

Bagi aku, korang kena tengok cerita ini. walaupun nanti ianya tiada kena mengena sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengalaman yang dirasai kalau sesuatu wabak berlaku pada anda..........

27 September 2011


 
 Sebab sebenarnya aku nak tengok filem nie adalah aku nak tengok kelainan yang dibawakan oleh pelakon ternama Taylor Lautner nie... ternyata mamat nie memang berbakat, cuma muka sama je macam kat filem twillight tu.... Jalan cerita macam biasa je... dah banyak cerita2 macam nie kat US... bosan jugalah, jalan cerita yang tipikal dan nampak sepeti boleh diramal... Ending yang menyedihkan.....tapi tak mengecewakan untuk hiburan....

Poster kalau korang tengok nampak sangat menipunya.... perasan apa yang mengarut.... korang tengoklah nanti..... dan kalau korang perasan Lily Collins aka heroin dalam filem nie adalah anak kepada Phill Collin yang pernah popular dengan lagu Another Day In Paradise...... sebenarnya aku pun baru tahu.....

bapak dan anak....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...