31 Disember 2010

Nak jadikan blog/web lebih menarik....

Mendapatkan statistik tidak semudah yang disangka.Ianya percuma dan tiada pendaftaran.
Hanya lawat http://whos.amung.us/ dan
salin kod html yang anda lihat dan pastekan ke dalam setiap halaman yang ingin dikesan. Cubalah...

30 Disember 2010

Hikayat Merong Mahawangsa(10 Mac 2011)

Fuhh... gempak dia punya poster.. tak sabar nak tunggu buah tangan Yusry KRU dan team KRU yang terbaru nie..

JANIN

Sinopsis:
Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.
Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.
Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang – orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera…(credit to Sinema Malaysia)

Ada sesiapa yang dah tengok.... apa komen anda... tengok macam seram je...


25 Disember 2010

Gulliver's Travels

Cerita ni berdasarkan novel oleh Jonathan Swift sejak 21/12/1939.
Sinopsis ;
Cerita ni bermula dengan watak Gulliver ( Jack Black ) yang bekerja sebagai budak hantar suratsurat dalam pejabat . Dia suka seorang awek ni , Darcy ( Amanda Peet ) tapi dia tak berani nak cakap . Nak dijadikan cerita , dia ambil satu job ni jadi travel writer kat SegiTiga Bermuda . Dalam perjalanan nak kesana , entah macam mana dia boleh termasuk dalam pusar air . Selepas tu , dia terdampar kat tepi pantai dan dibawa ke bandar Liliput iaitu bandar orang orang kecil dan Gulliver dianggap gergasi . Gulliver disayangi rakyat Liliput kerana telah menyelamatkan Princess Mary ( Emily Blunt ) dan King Theodore ( Billy Connoly ) .

  Kalau nak tau lebih lanjut kena tengoklah sendiri ,

aku dan family dah tengok dah... jalan cerita macam biasa je. boleh layanlah. Budak2 suka tengok..banyak kata-kata semangat yang boleh digunakan... ending pun best... tapi awek2 (emily Blunt dan amanda Peet) nampak dah tak muda...huhu

Filem sepanjang Januari 2011...

06 JanuaryUnknown (English)
Thiller / Drama / Mystery

Paranormal Activity 2 (English)
Thriller / Horror

Season Of The Witch (English)
Adventure / Drama

The Song Of Sparrows (Arabic)
Drama
07 JanuaryNo One Killed Jessica (Hindi)

13 JanuaryShock Labyrinth (Japanese)
Thriller / Horror

Henry's Crime (English)
Comedy

Khurafat - Perjanjian Syaitan (Malay)
Horror

Great Day (Cantonese)


Faster (English)
Action / Drama
19 JanuaryHomecoming (English / Cantonese)
Drama
21 JanuaryThe Way Back (English)

24 JanuaryDhobi Ghat (Hindi)

27 JanuaryThe Town (English)
Drama / Crime

Shaolin (Mandarin)
Action / Drama / Historical / Martial Arts

The Green Hornet (3D) (English)
Action / Adventure

Haq The Movie (Malay)
Action / Drama

10 FILEM-FILEM HEBAT KUTIPAN PALING TINGGI UNTUK TAHUN 2010 TEMPATAN DAN JUGA LUAR NEGARA



TRON (1982) & TRON lLEGACY (2010)

Gambar : TRON (1982)
Siapa pernah ingat filem ni dulu? cerita mengenai orang masuk dalam dunia video game..sekarang dah ada sequel untuk version baru dengan teknologi yang lebih canggih..
TRON (LEGACY)
cerita ini sebenarnya sekuel.. filem yang mula main tahun 1982..

siapa dapat tengok yang mula-mula memang akan faham macamane programmer tu
create bandar ciptaan dia based pada user(programmer).. kat situ la start
encomn kompeni..

aksi motor tu memang best sebab jaman 80an teknologi tu
adaptasi dari cgi Lucas(star wars).


Fast And Furious 5 (2011)

dijangka ditayangkan pada tahun depan (29.4.2011)... tak tahu lah macamana cite dia.. tapi ingat tak masa tokyo drift, dominic toretto ada masa ending....

 jadi layan...

aku dah ada blog.... tapi aku tak goblog..hahahaha

hi..geng. bermula satu kehidupan baru bagi aku, dah tentu juga ianya nanti akan merubah kitaran hidup aku kelak....sebenarnya minat aku terhadap filem nie taklah best sangat... cuma mungkin dah dari kecik bapak aku selalu bawak aku tengok wayang kut ( masa tu kat panggung Lido Klang)... sampailah aku jumpa bini aku pun perkara pertama tengok wayang....(citer Toy story). Tak boleh lupa punya... Cuma kat sini aku nak beritahu rumusan filem2 yang aku dah tengok, atau aku cari atau yang sewaktu dengannya.... bagilah pandangan juga ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...