Diakhir cerita nanti membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.
Komen aku: Emm...dah seminggu rasanya tak tengok wayang kerana minggu lepas banyak cerita cina maklumlah sempena Tahun Baru Cina. Hari ni baru dapat melepaskan gian. Awal pagi lagi dah beli tiket cite nie. Bukan pasal ape...cuma aku nak tengok hsil tangan pengarah James Lee yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Bangkok menerusi The Beautiful Washing Machine. Bagi aku filem nie lain dari yang lain dan bercirikan 1Malaysia. Konsep filem lebih tepat aku katakan kelakar tapi serius. Walaupun jalan cerita simple tapi tidak mengecewakan. Filem yang menelan belanja 1.2juta ini melakukan penggambaran sepenuhnya di sekitar Kuala Lumpur diterajui oleh Baki Zainal dan alvin Wong sebagai pencerita yang menceritakan kejadian-kejadian hantu tersebut. Mereka memang berbakar, watak dan dialog mereka sangat kelakar dan benar2 menghiburkan.
Alwin Wong nie selalu lah tengok, siapa Baki Ismail ni ye.... |
Macamana kalau hantu ada kat sebelah anda............
macam best je.tgk muka diorg tetibe rasa nk gelak O.o
BalasPadamzati..g lah tengok, cite best...
BalasPadampengarah dy penah buat citer hesteria, mengarut abiss
BalasPadambetullah... james lee dulu banyak mengarah telemovie. jarang dia meletup... takpelah, mungkin dia dah jumpa resepi untuk sukses...
BalasPadamhehe tetiba saya terjumpa blog anda... samelah title blog kita nie.. saya dari www.wayangpacak.blogspot.com
BalasPadam