26 Februari 2011

I am Number Four

Sinopsis : Sembilan anak alien, yang mana menyerupai manusia, melarikan diri daripada planet mereka, Planet Lorien, dan menyembunyikan diri mereka di planet kita, Bumi. Spesies yang mula menakluk disana, Mogadorians, yang menghancurkan planet mereka, mengikuti mereka ke Bumi untuk membunuh mereka. Setiap anak alien yang tiba di Bumi itu mempunyai angka unik mereka, dan mempunyai penjaga mereka masing-masing, dimana mereka akan mula mendapat kuasa superhuman apabila menjadi dewasa. Alien-alien yang tiba dibumi itu dibunuh mengikut angka masing-masing dimana sehingga kini, No. 1, 2 dan 3 telah dibunuh. Number Four, atau yang mana turut dikenali sebagai John Smith pula menyembunyikan diri sebagai seorang pelajar sekolah menengah di Ohio. Seperti pelajar lain, John Smith mula jatuh cinta kepada Sarah Hart, dan bermula daripada situ, Number Four yang sekian lama melarikan diri, kini mempunyai suatu perkara untuk dilindungi, dan mula mempertahankan dirinya.

Komen aku : Layan cerita nie di petang khamis. Membariskan pelakon-pelakon yang kiranya baru bagi aku, Pengarah DJ Caruso berjaya dalam membariskan watak. Patutlah lakonan percintaan hero dan heroin nampak berkesan rupa-rupanya pasangan ini bercinta juga diluar set. Tapi, Kurang daripada setahun bersama, pasangan Dianna Agron dan Alex Pettyfer telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Awal cerita agak tipikal sangat untuk cerita superhero ni. Mesti hero baru nak dapat kuasa dan suka pada perempuan. (macam sama je cite superman dan spiderman). 

Tapi apa yang membuat filem ini menarik ialah apa sahaja persoalan yang bermain di kotak fikiran yang di jawab sendiri sebenarnya membawa jawapan yang berbeza. Walaupun jalan cerita agak perlahan tetapi terselit juga komedinya....

Satu yang bermain kat fikiran aku, kuasa yang ada kat hero John Smith sama macam hero filem Haq...mungkin kebetulan... juga nama Malaysia ada terselit dalam filem ini...

  
tak sabar nak tengok kalau ada sambungannya......

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...