11 Februari 2011

Kenapa cite seram je..........

Ramai yang bertanya kat aku (macamlah aku ni pengarah filem) kenapa banyak sangat cite seram tahun nie.... Emmm.... dulu2 bila asyik2 cite cinta tanya juga....bila asyik cite2 komedi tanye juga. Bagi aku jawapannya ialah selera penonton.. Orang akan buat filem bila ada sesuatu yang boleh menguntungkan.......ye tak...
Tapi orang kita nie ibarat menjual jambu potong..... sorang yang jual, semua pun nak jual...... macamana nak untung....strategi yang penting........ bagi aku keseronokan menonton wayang bersama keluarga itulah yang paling utama...


Aku nak cerita sikit tentang beberapa fakta yang aku peroleh daripada FINAS.. sebenarnya cerita seram nie dah bermula dari tahun 2003 lagi... MISTIK arahan Prof A Razak Mohaideen. Itulah satu-satunya filem seram di tahun itu. Ianya meningkat naik dengan Filem Pontianak Harum Sundal Malam yang mendapat jumlah kutipan tiket sebanyak RM3.2 juta juga merupakan jumlah kutipan tertinggi pada 2004.


Tahun 2005 dan 2006 bagi aku tahun yang dipelopori oleh filem2 pelbagai, Pontianak Harum Sundal Malam 2 pun tak berjaya memecahkan jumlah kutipan tinggi berbanding tahun sebelumnya.. 


Masuk sahaja tahun 2007 filem2 seram mula menular di panggung2 wayang. Mamat Khalid mula membuat kejutan bila filem seram dikomedikan iaitu Zombi Kampung Pisang. Rasanya dia lah pelopor yang menjadi filem begini begitu laris sekarang dan tentunya cubaan filem arahannya terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah juga mendapat kutipan tiket sebanyak RM7.9 juta. Jadi, jika ianya boleh menaikkan rating penonton ke panggung, maka filem2 begini lah yang akan dipertontonkan selagi tiada saingan dari genre filem2 yang lain..

Saksikan lah nanti filem2 seram yang akan datang antaranya khurafat, Sini Ada Hantu, Dilarang Masuk, Senjakala, penunggu istana, momok jangan panggil aku, hantu bukit cina, karak......... 



kalau tak nak tengok, takut lah tu.........





2 ulasan:

  1. yela,,bgi kter tgk citer seram nh saje suka2 jer,,nk ilek minda,,org dewasa xpela,,takut budak2 tgk nanti diorg percaya plk bnda karut nh,,hm,,

    Jom Kepung Dia!

    BalasPadam
  2. sbb citer mistik la fa stop tengok filem melayu kat wayang. hehe... serik tengok sbb ntah pape. filem genre seram ni ok je kalau pandai buat ceritanya jadi menarik. tapi kalau sampai over mengarut, menyampah gak.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...