26 Januari 2011

THE WAY BACK

Sinopsis : Sebuah filem berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang beberapa tahanan yang melarikan diri dari penjara Gulag pada tahun 1940. Kisah benar ini diambil dari beberapa sumber, tetapi yang paling banyak diambil ialah dari buku Slavomir Rawicz berjudul The Long Walk : The True Story Of a Trek to Freedom. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Slavomir diberitahu bahawa beliau dan beberapa tahanan ditangkap oleh Tentera Merah Rusia pada tahun 1939, dan mereka melarikan diri dari penjara Gulag pada tahun 1940, mereka berjalan sejauh 6500 km melalui Kutub Utara, Gurun Gobi, pergunungan Himalaya di mereka akhirnya tiba di Tibet dan India.

Jika dilihat dari poster tiada apa yang menarik... tetapi oleh kerana filem ini adalah kisah benar hati aku membuak-buak untuk menonton, dan semalam petang kami terus ke TGV Sunway Pyranid.. Nasib baik sampai sahaja wayang dah nak mula.

Walaupun filem ini bukan filem aksi dan tidak meletakkan pelakon2 ternama, tetapi penyampaian dan perjalanan filem yang dianggap cantik benar-benar membuatkan kita terusik perasaan, gambaran perjalanan mereka ini untuk mencari kebebasan sama-sama membuatkan kita merasai pengorbanan yang dilakukan dan  kita seolah-olah turut berada di dalam filem tersebut kerana kesan-kesan yang ditunjukkan memang menarik... walaupun begitu filem ini tidak membosankan kerana masih terselit aksi2 lucu mereka... filem ni memang best untuk motivasi diri...


Sanggupkah kita menempuh perjalanan jauh demi mencari kebebasan diri... Nampaknya banyak antara kita tidak sedar kerana dikatakan sudah bebas dari kesukaran....fikirkan...

2 ulasan:

  1. ade tak kat bukit tinggi or bukit raja? malas nak gi jauh2 la...

    BalasPadam
  2. bukit raja ngan bukit tinggi memang tak de.

    cuma ada kat suria klcc, sunway pyramid, tebrau dan wangsa wall mall je...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...