15 Januari 2011

khurafat (PG13)

Sinopsis:
Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

Pagi ini, macam biasa aku menjejakkan kaki lagi di One Utama dengan harapan nak tengok filem nie setelah mendengar wawancara Pengarahnya dan heroinnya di Hot.Fm. Bila sampai je kat TGV filem nie tak terpampang pun kat skrin...aku pun tanya kaunter. Dan jawapannya "Kat sini takde bang" kata petugas kaunter tuh sambil tersengih... sib baik ada pilihan.. dan di GSC cinema filem ini ada.Tengok filem di awal pagi best sikit pasal tak ramai orang..

Setelah hampir 1 jam, baru cite nie mengganggu otak aku ngan bermacam2 persoalan, nak kata seram sangat, biasa je(bagi akulah kan....) tapi suspen ya...Hantu ala-ala Ju on pun ada aku tengok. Tengok muka Samsul buat aku tak seram pun, cuma bunyi-bunyian menyelamatkan... Dipertengah cerita baru dapat tangkap jalan cerita ini tapi di sebalik kekeliruan pemikiran korang nanti, akhirnya tiada sapa pun dapat memikirkan pengakhiran cerita ini dengan tepat... itulah kekuatan filem ini... bagi aku 8/10.

5 ulasan:

  1. not bad lah cerita ni kan?maybe pestime buat citer seram,so ader bende lagi yang nak kene betul kan...

    BalasPadam
  2. INFOZI... tengok jangan tak tengok. support filem kita...

    miss shizu... ye betul... bagi peluang pengarah terbaik nie membuat kesilapan, kerana dengan kesilapanlah manusia memperbaiki diri...

    BalasPadam
  3. ending dia ada kawan aku boleh agak dah
    aku tersilap ingat bini dia
    hahaha

    Mengapa Aku Ketawa Menonton Filem Khurafat?

    BalasPadam
  4. yeah! unpredictable endiNg~~... eh i pUn slalU tgk kt tgv... klO nk mUrah ckit u g la pearl habOur....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...