Sinopsis : Selepas rumah mereka dimasuki pencuri Dan dan isterinya, Kristi telah memasang kamera pengawasan CCTV. Kejadian pelik terjadi. Pengasuh mereka yang berada di rumah tersebut percaya adanya semangat jahat yang berada di rumah itu setelah mendengar seperti ada benda terjatuh. Pengasuh tersebut kemudiannya melakukkan ritual untuk menghalau semangat itu tetapi Dan tidak membenarkan dan memecatnya. Kejadian demi kejadian pelik terus berlaku yang akhirnya Kristi di rasuk selepas Dan dan Ali meninggalkannya pergi ke klinik kerana anjing mereka telah mendapat sawan. Oleh kerana bingung, Dan meminta semula pertolongan pengasuh mereka untuk menghalau semangat itu.
Akhirnya malam tadi baru dapat tengok filem Paranormal Activity 2 sebab kat panggung pun dah tak ada cerita nak layan. Filem yang pertama dulu aku layan DVD je. Masa tu aku rasa cite macam nie macam tak best pasal filem dirakam guna video cam............pening kepala nak tengok macam filem cloverfield...
Tapi itu bukan pengukur kehebatan filem ini....cuma kali ini filem ini ditambah dengan rakaman CCTV. Kalau anda pernah tengok Paranormal Activity korang mungkin dah boleh mengagak apa yang akan ada dalam kesinambungan Paranormal Acivity 2 ini.
Ini merupakan satu lagi lakonan semula tentang kewujudan makhluk halus yang menganggu sebuah keluarga dan dirakam dalam camera video pengawasan rumah tersebut. Cerita ini sebenarnya adalah kesinambungan dimana Katie (adik Kristi) yang telah dipindahkan semangat telah membunuh teman lelaki dia dan datang ke rumah Dan dan Kristi lalu membunuh mereka dan mengambil Hunter, di akhiran cerita ada diberitahu mereka tidak dijumpai.
Komen aku: Oleh kerana aku dah tengok yang pertama, jadi aku dah boleh beragak-agak apa yang akan berlaku dalam filem ni. Cuma ianya bertambah baik kerana pertambahan watak (anak perempuan dan bayi lelaki) dan seekor anjing Shepard Jerman benar-benar membuatkan cerita menjadi suspen tapi tidaklah menakutkan...
Tengok cite nie sorang-sorang taklah takut, tapi kalau duduk rumah sorang-sorang...........Tak dapat nak bayangkan kalau kita sorang2 kat rumah yang senyap sunyi.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan