29 Januari 2011

HAQ ( indah promote dari filemnya)


Sinopsis : Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.
Satu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Sementara itu, bapa kandung Bad meninggal dunia. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan Haji Ibrahim itu menyembuhkan penyakit ayahnya. Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Bad kembali semula ke kampung dan membunuh Haji Ibrahim. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

Awal pagi lagi kami dah beratur kat GCC One Utama dengan bersemangat nak menonton filem Haq ini setelah malam tadi aku membaca sinopsis yang disediakan oleh Sinema Malaysia. Tapi alangkah kecewanya aku bila menonton filem ini. Sumpah aku tak faham. Bukannya aku nak mencari kesalahan filem ini, tapi banyak yang tak kena je tentang beberapa perkara di antaranya jalan cerita, pemilihan watak serta masalah teknikal yang sedikit sebanyak mencacatkan filem ini seperti kesan bunyi yang tak best langsung..... 
-         Siapa Aina, siapa Mak Lang,
-         dimana pula Bad mendapat kuasanya, 
-         kesan bunyi yang tak best, 
-         adegan 18sx yang aku rasa takde pun takpe...
-         motif bola-bola api 
-         pengakhiran cerita yang bosan
-         watak Zahra yang disukai Haq tak sesuai langsung, ibarat adik ngan kakak....

dan buat aku bertambah tak faham kenapa sinopsis Haq kat SINEMA MALAYSIA langsung tak sama dengan filem yang aku tengok tadi....

Komen aku : sepanjang aku menonton wayang inilah pertama kali aku tertidur yang aku rasakan lagi best dari menyaksikan aksi-aksi pertempuran kononnya........ sedih...Aksi pertarungan antara Haq dan Bad yang korang tengok kat trailer itu je lah aksi yang ada dalam filem....hampeh....









3 ulasan:

  1. laa..yeker?? ish..teruk la diorang tipu kita sbg penonton ni.

    belogapasajajadi.blogspot.com
    new entry - berryslider app for blackberry

    BalasPadam
  2. amie... tulah pasal...

    me[is]aku... ingat cite super hero..tu yang beriya nak tengok tu...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...