sinopsis : Berdasarkan rakaman yang pernah disorokkan pihak NASA, Apollo 18 mendedahkan rahsia disimpan kemas sekian lama. Apabila footage yang menggambarkan keadaan sebenar apa berlaku terhadap misi Apollo 18 yang dinafikan kewujudannya itu terlepas di tangan pihak tidak sepatutnya, lalu apa seharusnya dianggap rahsia akhirnya terbongkar.
Menerusi penerangan yang ditulis sewaktu permulaan cerita, hanya misi Apollo 17 saja dicanangkan kepada umum. Namun hakikat sebenarnya, misi Apollo 18 memang wujud. Namun disebabkan misi sulit itu gagal, maka cerita mengenainya dilenyapkan begitu saja.
Filem ini bermula dengan memaparkan temubual bersama tiga angkasawan NASA yang terpilih untuk menyertai misi rahsia Apollo 18. Tujuan mereka ke bulan adalah untuk memasang peranti yang boleh menghalang Amerika Syarikat daripada diserang musuh dari Russia dan juga penyerang berpotensi lain.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa disedari kehadiran mereka ke sana mempertemukan angkasawan ini dengan pelbagai kejadian misteri yang membantutkan impian untuk meneruskan amanah yang diberikan. Apollo 18 meneruskan tradisi konsep yang pernah diketengahkan menerusi filem Blair Witch Project dan juga Paranormal Activity yang menjadikan footage yang ditemui sebagai sebuah filem.
Baru teringat pasal baru ada masa.....Cerita nie kami tengok minggu lepas pasal dah takde cerita nak tengok gamble je layan cerita nie......... Pelakon confirm tak kenal sorang pun. Tengok poster confirm cerita Alien punya. Boleh layan tapi terlalu banyak sangat stail jalan cerita omputih yang pernah ada dan melambak2. Pelakon hanya 3 orang yang dihantar ke bulan pastu keliru dengan keadaan, kelam kabut dah banyak sangat.. kata cerita benar tapi tak dapat aku pastikan di mana. layan dvd je ye tak pun tunggu main kat Astro je......
markah 5/10
Apa yang kita cari dalam hidup sedar atau tidak sedar sebenar ianya adalah sebuah cerita. Pengalaman dirasai suka dan duka tidak ubah seperti sebuah filem. Kenangan pula membuat memori tersimpan dalam kotak fikiran kita. Berani belajar melakukan kesilapan kerana kejayaan adalah dihujungnya. Apa hubungkaitnya cerita kita dengan filem. Hanya pencintanya sahaja mengetahui.............
29 September 2011
Dream House
Sinopsis :Mencari rumah idaman memang tak mudah. Jarang orang yang bisa mendapatkan sebuah rumah sempurna seperti yang mereka idamkan. Sayangnya, beberapa orang yang berhasil menemukan rumah impian mereka ternyata harus membayar mahal. Will Attenton (Daniel Craig), misalnya, akhirnya harus mempertanyakan kewarasannya setelah beberapa saat menghuni rumah baru yang selama ini ia idamkan.
Walaupun masih ada kekurangan namun rumah baru di Morgan Creek ini sudah seperti apa yang selama ini diinginkan Will. Will pun rela memboyong keluarganya keluar dari Manhattan demi rumah impian ini. Libby (Rachel Weisz), istrinya, serta Dee Dee (Claire Geare) dan Trish (Taylor Geare), dua putri mereka pun akhirnya jadi penghuni rumah baru yang kabarnya telah kosong sejak lama itu.
Tak berapa lama kemudian, beberapa kejanggalan mulai terjadi. Keanehan demi keanehan akhirnya membawa Will pada Ann Paterson (Naomi Watts), orang yang tahu persis masa lalu rumah yang kini dihuni Will dan keluarganya. Kabarnya, sempat terjadi pembunuhan di rumah itu. Entah kenapa Will mulai terpikat menyelidiki masa lalu rumah impiannya ini. Semakin Will menyelidiki, semakin pula pria ini mempertanyakan kewarasannya. Ada kemungkinan Will memilih rumah itu bukan karena kebetulan.
sumber Spinn Webzine.
Rasanya kali ni kami antara orang yang terawal menyaksikan filem terbaru Daniel Craig selepas Cowboys & Aliens. Punyalah lama tenung poster cuba menjangkakan jenis filem ini. Seram atau cerita kekeluargaan. Bukan takde maklumat yang boleh dirujuk, tapi sengaja buat suspen sendiri.. Hahaha... nak tau punyalah suspen, aku sampai tertido siap mendengkur, nasib baik ada orang kejut, maklumlah tidur pukul 3 pagi. Punyalah banyak cakap......
Tapi cerita menarik bermula dalam 1/2 jam berikutnya. Puh......... betul2 tertipu. Kena fokus baru boleh follow. Ada kekuatannya tersendiri. Aku suka filem macam nie.. Korang pernah tengok filem The Others lakonan Nicole Kidman tapi ini dibuat dengan lebih kemas dan sesuai dengan zaman sekarang dan The Shutter Island........ Tidak mengecewakan. Rachel Weisz pula menakin kurus dan cantik walaupun dah menjangkau 41 tahun.......... walaupun 13pg tapi aku rasa tak sesuai untuk kanak2 kerana filem ini memerlukan anda memahami jalan ceritanya.
markah 8/10
28 September 2011
CONTAGION
Bagaimana penularan dan kitaran sesuatu penyakit itu berlaku dan apakah kesannya pada kita dan dunia..... Pada mulanya aku tak berminat pun nak tengok cerita nie, pasal aku tak tahu langsung kewujudan cerita nie. Disebabkan jualan tiket untuk filem Johny English dah penuh dan tiada pilihan lain kami pun memilih cerita ini kerana melihat barisan2 pelakon yang hebat2 dan nama2 besar yang membintanginya..........
Emmm... cerita pasal ape..... sebenarnya jalan cerita yang banyak flashback dan banyak kekeliruan jalan cerita membuatkan cerita ini seronok ditonton. Terdapat banyak maklumat dan pengalaman yang boleh dikongsi jika kita menjiwainya. Bayangkan di tempat anda terdapat wabak dan penyakit.. apa yang anda akan buat......
Pengakhiran cerita yang aku suka kerana tidak menepati dengan apa yang aku ramalkan....... tetapi sedikit kecewa kerana barisan2 pelakon yang hebat ini sekadar berlakon sahaja........ tiada apa yang lebih berbanding dengan filem2 mereka sebelum ini..........
Bagi aku, korang kena tengok cerita ini. walaupun nanti ianya tiada kena mengena sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengalaman yang dirasai kalau sesuatu wabak berlaku pada anda..........
27 September 2011
Sebab sebenarnya aku nak tengok filem nie adalah aku nak tengok kelainan yang dibawakan oleh pelakon ternama Taylor Lautner nie... ternyata mamat nie memang berbakat, cuma muka sama je macam kat filem twillight tu.... Jalan cerita macam biasa je... dah banyak cerita2 macam nie kat US... bosan jugalah, jalan cerita yang tipikal dan nampak sepeti boleh diramal... Ending yang menyedihkan.....tapi tak mengecewakan untuk hiburan....
Poster kalau korang tengok nampak sangat menipunya.... perasan apa yang mengarut.... korang tengoklah nanti..... dan kalau korang perasan Lily Collins aka heroin dalam filem nie adalah anak kepada Phill Collin yang pernah popular dengan lagu Another Day In Paradise...... sebenarnya aku pun baru tahu.....
![]() |
| bapak dan anak.... |
26 Februari 2011
I am Number Four
Sinopsis : Sembilan anak alien, yang mana menyerupai manusia, melarikan diri daripada planet mereka, Planet Lorien, dan menyembunyikan diri mereka di planet kita, Bumi. Spesies yang mula menakluk disana, Mogadorians, yang menghancurkan planet mereka, mengikuti mereka ke Bumi untuk membunuh mereka. Setiap anak alien yang tiba di Bumi itu mempunyai angka unik mereka, dan mempunyai penjaga mereka masing-masing, dimana mereka akan mula mendapat kuasa superhuman apabila menjadi dewasa. Alien-alien yang tiba dibumi itu dibunuh mengikut angka masing-masing dimana sehingga kini, No. 1, 2 dan 3 telah dibunuh. Number Four, atau yang mana turut dikenali sebagai John Smith pula menyembunyikan diri sebagai seorang pelajar sekolah menengah di Ohio. Seperti pelajar lain, John Smith mula jatuh cinta kepada Sarah Hart, dan bermula daripada situ, Number Four yang sekian lama melarikan diri, kini mempunyai suatu perkara untuk dilindungi, dan mula mempertahankan dirinya.
Komen aku : Layan cerita nie di petang khamis. Membariskan pelakon-pelakon yang kiranya baru bagi aku, Pengarah DJ Caruso berjaya dalam membariskan watak. Patutlah lakonan percintaan hero dan heroin nampak berkesan rupa-rupanya pasangan ini bercinta juga diluar set. Tapi, Kurang daripada setahun bersama, pasangan Dianna Agron dan Alex Pettyfer telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Awal cerita agak tipikal sangat untuk cerita superhero ni. Mesti hero baru nak dapat kuasa dan suka pada perempuan. (macam sama je cite superman dan spiderman).
Tapi apa yang membuat filem ini menarik ialah apa sahaja persoalan yang bermain di kotak fikiran yang di jawab sendiri sebenarnya membawa jawapan yang berbeza. Walaupun jalan cerita agak perlahan tetapi terselit juga komedinya....
Satu yang bermain kat fikiran aku, kuasa yang ada kat hero John Smith sama macam hero filem Haq...mungkin kebetulan... juga nama Malaysia ada terselit dalam filem ini...
tak sabar nak tengok kalau ada sambungannya......
23 Februari 2011
The Mechanic 2011
![]() |
| foster filem sekarang lakonan Jason Statham |
![]() |
| lakonan charles bronson pada tahun 1972 |
Sinopsis : Filem ini mengisahkan tentang Arthur Bishop, seorang mechanic atau pembunuh upahan yang professional dan terbaik. Kerja membunuh dilakukan bersendirian dengan cekap, bersih dan sempurna. Bekerja untuk satu agensi yang diketuai oleh Dean Sanderson dan memang mechanic yang terbaik.
Arthur mempunyai seorang mentor dan kawan rapat iaitu Harry McKenna. Satu hari, Arthur diarahkan untuk membunuh Harry. Suatu hari, Steve McKenna, seorang kaki mabuk dan perokok, anak kepada Harry ingin mencari pembunuh ayahnya dan menuntut bela. Atas rasa tanggungjawab, hari demi hari Steve dilatih sehinggalah akhirnya Arthur menjadikan Steve sebagai rakan dan dibawa tinggal bersamanya. Adakah mereka menjadi pasangan yang baik atau timbul kemelut di hati mereka….
Komen aku: Sebenarnya pada pagi Sabtu lepas aku nak tengok filem Santrum tetapi tayangan 3D lah pulak kat TGV Sunway Pyramid nih...sebenarnya filem nie remake dari tahun 1972 lakonan Charles Bronson. Tajuk je dah mechanic tapi takde pun cerita pasal orang repair kereta.. dia repair kereta adalah.......takpelah...
sape2 yang biasa tengok filem mamat Jason nie mesti dah boleh agak jalan cerita filem dia kan... kereta gempak, perempuan, pergaduhan, aski bergaduh mesti ada.. lagi satu yang tak mengujakan aku, kalau cecite pembunuh upahan nie macam dah biasa sangat dan boleh diagak jalan ceritanya........
Yang paling aku tak minat nak tengok wayang kat panggung nie... kan dah jalan cerita katogeri 18. kenapa nak dipotong filem tu sampai aku pun dah macam tak faham. kadang2 ianya menggangu kosentrasi. setakat mencarut tu, takkan nak dipotong pulak....
Jadi sesape nak tengok, filem nie biasa2 je.. lakonan Ben foster lagi mantap....
Tengok rumah berkaca kat filem tu je yang best.........
19 Februari 2011
Filem Pertama Malaysia pada tahun 1933 (Laila Majnun)
Filem Laila Majnun adalah filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1933. Ia diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Watak utama Majnun dibawa oleh seorang pelakon bangsawan, M. Suki.
Plot
Filem Laila Majnun diterbitkan oleh K.R.S. Chisty, seorang ahli perniagaan India di Singapura pada tahun 1933. Karya ini diadaptasi dari cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang berlakon dalam filem Melayu pertama ini adalah:
- Pak Suki
- Cik Tijah
- Yem
- Sharif Medan
- Fatimah Jasmin
- Syed Ali Mansoor Al Attas
- Khairuddin
Sejarah pefileman
Pembangunan
Pelakon-pelakon ini boleh dikatakan semuanya terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan. Filem ini juga adalah diadaptasi dari cerita bangsawan oleh kerana sebelum itu cerita-cerita bangsawan adalah antara bentuk hiburan terawal di Tanah Melayu. Tidak ada salinan filem ini yang diketahui masih ada.
Tayangan dan reaksi
Prestasi
Filem Laila Majnun ini ditayangkan kali pertama di panggung Alhambra, Singapura dan mendapat sambutan yang baik hingga panggung penuh sesak setiap kali pertunjukan. Apabila sesebuah filem ditayangkan selama seminggu di sebuah panggung, filem itu dapatlah dianggap mendapat sambutan yang baik sekali pada masa itu. Selepas filem itu ditayangkan selama seminggu di Singapura, ia dibawa ke Pulau Pinang dan ditayangkan di sana selama 2 minggu pula.
Penggambaran
Penggambaran filem ¡¨Laila Majnun¡¨ dilakukan di Singapura dan telah memakan belanja kira-kira (5000). Seorang Seri Panggung bangsawan yang terkenal di Singapura pada masa itu, Che Fatimah Bt. Jasmin telah terpilih sebagai wirawati atau Seri Panggung. Che Fatimah yang juga merupakan penyanyi piring hitam yang terkenal menyanyi juga dalam filem itu. Wira atau orang muda dalam filem itu ialah M. Suki B. Nurudin, orang muda bangsawan yang terkenal dan menjadi pujaan ramai.
Stail
Laila Majnun ialah sebuah cerita daripada kumpulan Hikayat Arab yang mengandungi kisah percintaan asyik masyuk dari 1000 tahun dulu. Oleh sebab cerita ini sangat disukai ramai semasa dipersembahkan dipentas-pentas bangsawan, maka ia difilemkan pula. Bagi menjaga keaslian cerita ini, persembahan filem itu juga dikatakan disulami dengan lagu-lagu, tarian Arab dan Mesir yang indah-indah. Dialog dan nyanyian dalam filem itu dikatakan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Di dalam filem para pelakon dikehendaki menghafaz skrip dan cuba menyebutnya dengan betul. Ini juga menimbulkan masalah kepada para pelakon. Pelakon-pelakon bangsawan yang berpengalaman berlakon di pentas secara improvisasi mengalami kesukaran untuk menghafaz skrip dan mengikut arahan pengarah.
18 Februari 2011
Senarai2 Filem Luar Negara Yang Menyebut Malaysia...
Bila aku tengok berita tentang Datuk Shah Rukh Khan datang Malaysia untuk menjalani pengambaran Filem terbaru Don 2. Destinasi penggambaran Datuk SRK ialah Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi. Khabarnya Datuk SRK selamat tiba di Malaysia bersama Priyanka Chopra semalam dan bakal berada di Malaysia selama sebulan. pelakon Malaysia Ady Putra juga akan turut berlakon dalam filem Don 2 ini.
Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan..... Korang ingat tak ada beberapa filem luar negara sebenarnya pernah menjalani pengambaran di Malaysia...........
1) Fair Game
2) The Sleeping DictionaryLokasi pengambaran kat area Kuching, Sarawak. Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni iaitu Mano Maniam..watak dia sbg Pegawai Polis.
4) Entrapment
Lokasi pengambaran kat area KLCC, Kuala Lumpur. Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni tiada.
5) Anna and the King
Lokasi pengambaran kat area Tak pastilah pulak.... Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni iaitu Deana Yusoff..watak dia sbg Lady Thiang, Head Wife dan Mano Maniam sbg Moonshee, Leonowen Indian Servant.
Sebenarnya memang banyak kalau nak disenaraikan, tengoklah kalau aku rajin nanti.......
Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan..... Korang ingat tak ada beberapa filem luar negara sebenarnya pernah menjalani pengambaran di Malaysia...........
1) Fair Game
Lokasi pengambaran kat area KLCC. Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni iaitu Vanessa Chong (kakak kpd Vince AF)..watak dia sbg setiausaha.
3) Return To Paradise
Lokasi pengambaran kat area Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni iaitu Deana Yusoff..watak dia sbg Perempuan dalam bar.4) Entrapment
Lokasi pengambaran kat area KLCC, Kuala Lumpur. Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni tiada.
5) Anna and the King
Lokasi pengambaran kat area Tak pastilah pulak.... Antara pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni iaitu Deana Yusoff..watak dia sbg Lady Thiang, Head Wife dan Mano Maniam sbg Moonshee, Leonowen Indian Servant.
Sebenarnya memang banyak kalau nak disenaraikan, tengoklah kalau aku rajin nanti.......
14 Februari 2011
TGV Cinemas One Utama dah tutup pulak.............
Semalam saje jalan-jalan bersama isteri dan anak-anak kat One Utama, saje singgah nak tengok movie apa yang best... tapi bila sampai ternyata dah tutup kerana renovation... tak tahulah sampai bila dia bukak balik.........atau tak bukak terus...Lagipun, dah lama aku tengok, tandas pun takde....kena turun cari tandas kat luar.... Jadi, lepas nie teruslah pergi tengok kat GSC Cinema kat New Wings....
Jangan cakap aku tak bagi tau pulak.....
12 Februari 2011
Siapa Baki Zainal....
Berbakat besar budak nie aku rasa masa aku tengok movie SINI ADA HANTU... dan bila aku google dia dalam internet rupa2nya dia nie adalah pengacara dalam bahasa cina di 8TV iaitu rancangan Step Forward musim ke 6, bersiaran setiap Ahad jam 9.30malam – 10.00malam hanya di stesen hip 8TV. Korang juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro708.
Porfile dia :
NAME : Zahamin Baki Bin Zainal (Baki Zainal)
AGE : 28
D.O.B : 16th May 1981
STATUS : Single
WEIGHT : 65kg
HEIGHT : 170cm
RACE : Malay
AGE : 28
D.O.B : 16th May 1981
STATUS : Single
WEIGHT : 65kg
HEIGHT : 170cm
RACE : Malay
Television Hosting
Currently TV Host (English, Mandarin, B.Melayu)
Celebrity Chat (8TV) & Step Forward season 6 (8TV)
www.8tv.com.my/celebritychat
Media Prima Berhad
Currently TV Host (English, Mandarin, B.Melayu)
Celebrity Chat (8TV) & Step Forward season 6 (8TV)
www.8tv.com.my/celebritychat
Media Prima Berhad
![]() | |||
| apa yang dikatakan, aku pun tak tau... |
antara salah satu programnya...
apa lagi yang dia buat nantilah aku cari...
Langgan:
Catatan (Atom)
























