Sinopsis : Kehidupan Britt Reid merubah secara mendadak apabila kematian mengejut bapanya Alan Reid yang merupakan pemilik akhbar The Daily Sentinel. Membesar dengan kehidupan mewah dan bebas membuatkan dia pening kepala untuk meneruskan prestasi syarikat sehingga dia berkawan baik dengan Kato –bekas pekerja bapanya yang secara tidak langsung mewujudkan watak The Green Hornet sebagai bahan tajuk utama akhbar The Daily Sentinel yang diwarisinya. Dalam masa yang sama masing-masing berusaha untuk memikat Lenore Case ( Cameron Diaz ) yang menjadi setiausaha mereka sehingga berlaku perselisihfaham dan masing2 membawa haluan sendiri. Apa yang terjadi……..
Komen aku : Filem The Green Hornet sebenarnya si dari siri TV popular lewat tahun 60 an (1966-1967) dan komik. Ketika itu dilakonkan oleh Bruce Lee sebagai Kato dan ianya adalah lakonan pertama mendiang Bruce Lee di Hollywood. Ironinya, Jay Chou juga begitu juga, (Patutlah kelancarannya dalam bahasa inggeris terlalu pelat). Harap filem ini dapat membuka peluang untuknya maju ke dunia Hollywood.
Antara aksi2 dalam siri TV The Green Hornet
|
the green hornet juga pernah muncul dalam TV siri Batman |
Antara komik2 the Green Hornet
Menampilkan nama2 besar seperti Seth Rogen, Jay Chou, dan Cameron Diaz bagi aku sangat berkesan. Didalam filem ini Seth Rogen tampil sedikit kurus untuk memegang watak Green Hornet berbeza dengan filem2 sebelumnya. Jika anda tidak kenal siapa Seth Rogen, dia biasa berlakon dalam filem2 animasi sebagai B.O.B ( Monster Vs Alien), Mantis (Kungfu Panda) dan banyak lagi.
Pada mulanya, aku memang tak bercadang nak tengok filem nie semalam pasal aku ada terbaca review filem ni kat satu blog ni mengatakan filem ni tak best. Dan memandangkan dah takde filem nak tengok(yang lain-lain cerita cina je) aku pun tengoklah…
Apa yang aku perhatikan, filem nie memang gempak. Dah nama pun diadaptasi dari komik, jadi apa yang kita hiraukan pasal logik ke tidak… Memang best, pelakon masing2 tahu memainkan peranan dengan sangat baik….kelakar dalam serius itulah watak Jay chou. Seth rogen tak payah cakaplah, dia memang biasa dengan watak2 camni… Cuma first time tengok dia jadi hero…
Jalan cerita yang tak meleret-leret. Filem yang mudah nak difahami.. ada banyak gajet2 yang ditunjukkan mengalahkan filem James Bond yang tak apa2 ntah sekarang nie…. Kalau sesape tengah bersedih, filem nie boleh buat terapi untuk anda….
Ini bukan cerita superhero cuma seseorang nak jadi hero dengan cara yang berbeza….