Feb 2011 | |
02 February | The Green Hornet (English) Action / Adventure |
03 February | Yogi Bear (3D) (English) Adventure / 3D / Animation Mr. And Mrs. Incredible (Cantonese) Comedy Yogi Bear (English) Adventure / 3D / Animation All's Well Ends Well 2011 (Cantonese) Comedy I Love Hong Kong (Cantonese) Comedy / Family |
10 February | Sini Ada Hantu (Malay) Comedy / Horror What Women Want (Cantonese) Comedy / Romance |
17 February | Burlesque (English) Drama / Musical The King's Speech (English) Drama / Historical Sanctum (English) Adventure / Thriller / Drama The Mechanic (English) Action / Thriller The Rite (English) Thriller / Horror No Strings Attached (English) Comedy / Romance |
18 February | Saat Khoon Maaf (Hindi) Thriller / Drama / Black Comedy |
24 February | Black Swan (English) Thriller / Drama I Am Number Four (English) Action / Science Fiction True Grit (English) Drama / Western Capt Abu Raed (Arabic) Drama / Foreign / Independent Centurion (English) Action / Drama / Historical Kembar Siang (Malay) |
25 February | Drive Angry (English) Thriller / Suspense |
Apa yang kita cari dalam hidup sedar atau tidak sedar sebenar ianya adalah sebuah cerita. Pengalaman dirasai suka dan duka tidak ubah seperti sebuah filem. Kenangan pula membuat memori tersimpan dalam kotak fikiran kita. Berani belajar melakukan kesilapan kerana kejayaan adalah dihujungnya. Apa hubungkaitnya cerita kita dengan filem. Hanya pencintanya sahaja mengetahui.............
31 Januari 2011
Filem sepanjang bulan Februari 2011
Paranormal Activity 2
Sinopsis : Selepas rumah mereka dimasuki pencuri Dan dan isterinya, Kristi telah memasang kamera pengawasan CCTV. Kejadian pelik terjadi. Pengasuh mereka yang berada di rumah tersebut percaya adanya semangat jahat yang berada di rumah itu setelah mendengar seperti ada benda terjatuh. Pengasuh tersebut kemudiannya melakukkan ritual untuk menghalau semangat itu tetapi Dan tidak membenarkan dan memecatnya. Kejadian demi kejadian pelik terus berlaku yang akhirnya Kristi di rasuk selepas Dan dan Ali meninggalkannya pergi ke klinik kerana anjing mereka telah mendapat sawan. Oleh kerana bingung, Dan meminta semula pertolongan pengasuh mereka untuk menghalau semangat itu.
Akhirnya malam tadi baru dapat tengok filem Paranormal Activity 2 sebab kat panggung pun dah tak ada cerita nak layan. Filem yang pertama dulu aku layan DVD je. Masa tu aku rasa cite macam nie macam tak best pasal filem dirakam guna video cam............pening kepala nak tengok macam filem cloverfield...
Tapi itu bukan pengukur kehebatan filem ini....cuma kali ini filem ini ditambah dengan rakaman CCTV. Kalau anda pernah tengok Paranormal Activity korang mungkin dah boleh mengagak apa yang akan ada dalam kesinambungan Paranormal Acivity 2 ini.
Ini merupakan satu lagi lakonan semula tentang kewujudan makhluk halus yang menganggu sebuah keluarga dan dirakam dalam camera video pengawasan rumah tersebut. Cerita ini sebenarnya adalah kesinambungan dimana Katie (adik Kristi) yang telah dipindahkan semangat telah membunuh teman lelaki dia dan datang ke rumah Dan dan Kristi lalu membunuh mereka dan mengambil Hunter, di akhiran cerita ada diberitahu mereka tidak dijumpai.
Komen aku: Oleh kerana aku dah tengok yang pertama, jadi aku dah boleh beragak-agak apa yang akan berlaku dalam filem ni. Cuma ianya bertambah baik kerana pertambahan watak (anak perempuan dan bayi lelaki) dan seekor anjing Shepard Jerman benar-benar membuatkan cerita menjadi suspen tapi tidaklah menakutkan...
Tengok cite nie sorang-sorang taklah takut, tapi kalau duduk rumah sorang-sorang...........Tak dapat nak bayangkan kalau kita sorang2 kat rumah yang senyap sunyi.........
29 Januari 2011
HAQ ( indah promote dari filemnya)
Sinopsis : Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.
Satu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Sementara itu, bapa kandung Bad meninggal dunia. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan Haji Ibrahim itu menyembuhkan penyakit ayahnya. Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Bad kembali semula ke kampung dan membunuh Haji Ibrahim. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.
Awal pagi lagi kami dah beratur kat GCC One Utama dengan bersemangat nak menonton filem Haq ini setelah malam tadi aku membaca sinopsis yang disediakan oleh Sinema Malaysia. Tapi alangkah kecewanya aku bila menonton filem ini. Sumpah aku tak faham. Bukannya aku nak mencari kesalahan filem ini, tapi banyak yang tak kena je tentang beberapa perkara di antaranya jalan cerita, pemilihan watak serta masalah teknikal yang sedikit sebanyak mencacatkan filem ini seperti kesan bunyi yang tak best langsung.....
- Siapa Aina, siapa Mak Lang,
- dimana pula Bad mendapat kuasanya,
- kesan bunyi yang tak best,
- adegan 18sx yang aku rasa takde pun takpe...
- motif bola-bola api
- pengakhiran cerita yang bosan
- watak Zahra yang disukai Haq tak sesuai langsung, ibarat adik ngan kakak....
- watak Zahra yang disukai Haq tak sesuai langsung, ibarat adik ngan kakak....
dan buat aku bertambah tak faham kenapa sinopsis Haq kat SINEMA MALAYSIA langsung tak sama dengan filem yang aku tengok tadi....
Komen aku : sepanjang aku menonton wayang inilah pertama kali aku tertidur yang aku rasakan lagi best dari menyaksikan aksi-aksi pertempuran kononnya........ sedih...Aksi pertarungan antara Haq dan Bad yang korang tengok kat trailer itu je lah aksi yang ada dalam filem....hampeh....
26 Januari 2011
Top 20 filem Malaysia
THE WAY BACK
25 Januari 2011
kelakar betul...........
Oleh kerana petang nie keje aku dapat disettlekan, maka aku dan orang rumah singgah kat TGV Jusco Bukit Raja, Klang....
akhirnya kami berpandangan sesama sendiri kerana filem2 yang sedang ditayangkan sudah kami tonton hampir ke semuanya....... apa yang nak di tengok lagi.... yang tinggal cuma ada satu filem cina dan satu filem indon yang memang bukan feberet kami....
Sabtu lepas masa kami tengok wayang Tourist di TGV Sunway Pyramid ada satu filem yang menjadi pilihan kami minggu ini.........
Mungkin filem The Way back ini tidak menjadi pilihan di semua panggung.....
Lakonan Ed Harris dan Collin Farrell berdasarkan kejadian sebenar, ini memang feberet kami... so nantikan review dari kami minggu ini....
24 Januari 2011
poster filem2 dulu.... nostagia tu...
bila aku tengok poster2 filem lama-lam nie teringat lah pulak time aku bujang2 dulu... banyak filem2 kita pasal cinta dan komedi je, masa nie filem2 seram memang tak lepas lah.... artis2 yang popular pun masih muda belia lagi....kalau dapat diperhatikan satu persatu memang banyak perubahan pasal artis2 kita nie terutama dari saiz badannya..... begitulah adanya..
22 Januari 2011
The Tourist
Sinopsis : Frank (Johnny Depp), seorang pelancong Amerika mengunjungi Itali kerana membawa diri kerana patah hati. Elise (Angelina Jolie) adalah wanita luar biasa yang sengaja melintasi jalan untuk menyesongkan semua orang yangmengikutinya agar bekas kekasihnya Alexander Pearce, seorang penjahat yang dikehendaki di 14 buah negara, yang telahmencuri wang dari gangster (Steven Berkoff) dan dikejar oleh agen (Paul Bettany). Dengan berlatar belakang Venice, Frank terperangkap dengan situasi bahaya dan cinta di masa yang sama..
Oleh kerana hampir kesemua filem dah aku tengok, maka aku memilih untuk menonton filem ini pagi ini. Yang menjadikan kekuatan aku untuk menonton adalah kerana barisan pelakon-pelakonnya...berpengalaman.....
Tapi sungguh mengecewakan, aku hampir tertidur kerana hampir sejam filem ini disajikan dengan perbualan-perbualan yang semakin hampir dengan cerita-cerita biasa yang kita tengok... bosan.... apapun sedikit aksi di penghujung menyelamatkan mood aku... walaupun filem ini adalah remake dari filem 2005 Perancis "Anthony Zimmer" dibintangiSophie Marceau... tapi ianya tidak mengujakan aku....
FASTER
perhatikan....tatu di poster tidak sama di dalam filem..
Sinopsis :Setelah 10 tahun di penjara, Driver (Dwayne Johnson) mempunyai hanya satu maklamat iaitu untuk membalas dendem tentang kematian abangya selepas rompakan bank gagal yang menyebabkan dia ditahan dan di penjara. Semasa menjalankan misinya, rupa-rupanya dua orang turut mengikuti jejaknya - polis veteran (Billy Bob Thornton) yang hanya beberapa hari dari bersara, dan pembunuh bayaran egosentris muda (Oliver Jackson-Cohen ) dengan bakat seni dan membunuh lawan yang layak baru ditemui yang ditugaskan untuk membunuhnya.
Petang semalam, setelah selesai urusan aku di bank dan masa masih banyak, aku menyambil peluang untuk menonton filem Faster ini... Walaupun aku belum mendengar dari mana-mana pihak tentang cerita ini tapi aku yakin filem ini mesti mengagunkan... Dan akhirnya aku akui memang filem ini adalah terbaik...Sungguh mengagumkan.. cerita yang simple, tidak meleret-leret, susunan bunyi yang best, aksi yang menarik dan watak-watak yang dilakonkan memang berkesan... Korang memang kena tengok filem ini dan jadikan ianya pilihan utama untuk ke panggung nanti....
Apa anda akan buat sekiranya anda tahu maut sudah ada didepan anda.....
21 Januari 2011
Kenali pelakon utama X-men: First Class
Sinopsis : Sebelum Charles Xavier dan Erik Lensherr mengambil nama sebagai Profesor X dan Magneto, mereka adalah dua pemuda mencari kekuatan mereka untuk pertama kalinya. Sebelum mereka menjadi musuh , mereka bekerja sama dengan Mutan lain untuk menghentikan ancaman terbesar di dunia yang pernah dikenali. Dalam prosesitu, bermulalah keretakan dan ketidaksefahaman antara mereka sehingga bermula perang peribadi i antara Magneto's Brotherhood dan Profesor X.
Letih juga aku mencari sumber cerita dan gambar2..Filem ni dijangka akan ditayangkan Jun 2011... dan bermakna suma watak dalam filem ini dimainkan oleh orang lain... mesti menarik......
19 Januari 2011
apa ada pada RAMBO...
![]() |
cerita nie memang banyak sangat aksi tembak menembak je... dan satu-satunye filem mat saleh yang bersih dari adegan ....... |
18 Januari 2011
Awie dan filem sepanjang zaman.......
Sengaja aku nak review tentang penyanyi rock yang terkenal ini sehinggalah menjadi pelakon yang berjaya......
![]() | |
1993. Di awal2 kemunculannya..ketika ini ramai penyanyi mula menjadi pelakon.. |
![]() |
1994 diilhamkan dari kisah cintanya... erra fazira tu.. |
![]() |
1995 sambungan dari kisah cinta..... |
![]() |
1996 ini pun sambungan dari sembilu... |
![]() | ||
1997 masa nie awie dah beralih arah..filem ini arahan M.Nasir |
![]() |
1998 masih bersama ziana zain |
![]() |
1999 masa ni lah awie ada hati ngan arni nazira selepas putus tunang ngan erra... |
![]() |
1999 selepas berkahwin, awie dah tak berlakon lagi dengan erra.... |
![]() |
2001 bersama dengan anak didiknya kumpulan KRISTAL |
![]() | ||
22.2.2003 |
![]() |
11.3.2004 |
![]() |
2005 |
![]() |
19.4.2007 |
![]() |
2007 |
![]() |
24.1.2008. inilah kemunculan bersama awie dan erra di dalam satu filem, ketika ini dikatakan Hans sedang bercinta dengan Erra. |
![]() |
1.5.2008 |
![]() |
29.5.2008 |
![]() |
20.5.2010 |
![]() |
2010 |
![]() |
9.12.2010. |
Langgan:
Catatan (Atom)