29 September 2011

Apollo 18

 
sinopsis : Berdasarkan rakaman yang pernah disorokkan pihak NASA, Apollo 18 mendedahkan rahsia disimpan kemas sekian lama. Apabila footage yang menggambarkan keadaan sebenar apa berlaku terhadap misi Apollo 18 yang dinafikan kewujudannya itu terlepas di tangan pihak tidak sepatutnya, lalu apa seharusnya dianggap rahsia akhirnya terbongkar.

Menerusi penerangan yang ditulis sewaktu permulaan cerita, hanya misi Apollo 17 saja dicanangkan kepada umum. Namun hakikat sebenarnya, misi Apollo 18 memang wujud. Namun disebabkan misi sulit itu gagal, maka cerita mengenainya dilenyapkan begitu saja.

Filem ini bermula dengan memaparkan temubual bersama tiga angkasawan NASA yang terpilih untuk menyertai misi rahsia Apollo 18. Tujuan mereka ke bulan adalah untuk memasang peranti yang boleh menghalang Amerika Syarikat daripada diserang musuh dari Russia dan juga penyerang berpotensi lain.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa disedari kehadiran mereka ke sana mempertemukan angkasawan ini dengan pelbagai kejadian misteri yang membantutkan impian untuk meneruskan amanah yang diberikan. Apollo 18 meneruskan tradisi konsep yang pernah diketengahkan menerusi filem Blair Witch Project dan juga Paranormal Activity yang menjadikan footage yang ditemui sebagai sebuah filem.

Baru teringat pasal baru ada masa.....Cerita nie kami tengok minggu lepas pasal dah takde cerita nak tengok gamble je layan cerita nie......... Pelakon confirm tak kenal sorang pun. Tengok poster confirm cerita Alien punya. Boleh layan tapi terlalu banyak sangat stail jalan cerita omputih yang pernah ada dan melambak2. Pelakon  hanya 3 orang yang dihantar ke bulan pastu keliru dengan keadaan, kelam kabut dah banyak sangat.. kata cerita benar tapi tak dapat aku pastikan di mana. layan dvd je ye tak pun tunggu main kat Astro je......


markah 5/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...