23 Februari 2011

The Mechanic 2011

foster filem sekarang lakonan Jason Statham
lakonan charles bronson pada tahun 1972
Sinopsis : Filem ini mengisahkan tentang Arthur Bishop, seorang mechanic atau pembunuh upahan yang professional dan terbaik. Kerja membunuh dilakukan bersendirian dengan cekap, bersih dan sempurna. Bekerja untuk satu agensi yang diketuai oleh Dean Sanderson dan memang mechanic yang terbaik.
Arthur mempunyai seorang mentor dan kawan rapat  iaitu Harry McKenna. Satu hari, Arthur diarahkan untuk membunuh Harry. Suatu hari, Steve McKenna, seorang kaki mabuk dan perokok, anak kepada Harry ingin mencari pembunuh ayahnya dan menuntut bela. Atas rasa tanggungjawab, hari demi hari Steve dilatih sehinggalah akhirnya Arthur menjadikan Steve sebagai rakan dan dibawa tinggal bersamanya. Adakah mereka menjadi pasangan yang baik atau timbul kemelut di hati mereka…. 

Komen aku: Sebenarnya pada pagi Sabtu lepas aku nak tengok filem Santrum tetapi tayangan 3D lah pulak kat TGV Sunway Pyramid nih...sebenarnya filem nie remake dari tahun 1972 lakonan Charles Bronson. Tajuk je dah mechanic tapi takde pun cerita pasal orang repair kereta.. dia repair kereta adalah.......takpelah...

sape2 yang biasa tengok filem mamat Jason nie mesti dah boleh agak jalan cerita filem dia kan... kereta gempak, perempuan, pergaduhan, aski bergaduh mesti ada.. lagi satu yang tak mengujakan aku, kalau cecite pembunuh upahan nie macam dah biasa sangat dan boleh diagak jalan ceritanya........

Yang paling aku tak minat nak tengok wayang kat panggung nie... kan dah jalan cerita katogeri 18. kenapa nak dipotong filem tu sampai aku pun dah macam tak faham. kadang2 ianya menggangu kosentrasi. setakat mencarut tu, takkan nak dipotong pulak....

Jadi sesape nak tengok, filem nie biasa2 je.. lakonan Ben foster lagi mantap....


  Tengok rumah berkaca kat filem tu je yang best.........



1 ulasan:

  1. kecik pulak tulisan kat peregan 1-2..
    papepun cite nie cam menarik.. ^^

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...